SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS

"KUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN"

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Selamat Datang ke Laman Rasmi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

SM Sains Kepala Batas, Pulau Pinang

Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB/SAKBA) merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Pulau Pinang, Malaysia. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 15 April 2009 dengan kehadiran Puan Hajah Jamaah binti Hj Taman P.J.K sebagai pengetua pertama. SMSKB terletak di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, bersempadan dengan Bertam Perdana dan Bandar Putra Bertam.

Profil sekolah

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang menyediakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang pelbagai dan berpusatkan pelajar dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang yang cemerlang kurikulum, kokurikulum, sahsiah, berdaya saing dan berfikiran global (Klik untuk lebih lanjut.)

Kurikulum

Di sini terletaknya semua kurikulum yang terdapat dalam sekolah ini. Sekolah ini menawarkan aliran Sains Tulen. (Ke Laman Kurikulum)

KoKurikulum

Di sini terletaknya semua kokurikulum yang terdapat dalam sekolah ini. sekolah ini menawarkan pelbagai unit beruniform, kelab persatuan dan sukan dan permainan. (Ke Laman KoKurikulum)