Laman Utama Sakbanet
Kejohanan Liga Hoki SBP Kebangsaan 2013

Pada 30 April hingga 4 Mei yang lalu, SM Sains Kepala Batas telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Liga Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan. Perlawanan selama 3 hari tersebut telah diadakan di SMK Dato Lela Pahlawan, Padang Serai, Kedah (Lelaki) dan Kompleks MPSP(K), Kedah (Perempuan). Johan bagi lelaki jatuh kepada Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) N. Sembilan, manakala johan bagi perempuan pula jatuh kepada Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

